October 6th, 2020

Bertindak menjahit baju pelindung (PPE) untuk petugas hospital di Semporna dan Kota Kinabalu, Sabah, nama pelawak  Atu Zero dan isteri Shafeeqa Johari kini mendapat perhatian netizen.

Aru zero bantu jahit ppe

Biarpun mengakui perkara tersebut seronok dilakukan, namun kedua-dia mereka khabarnya masih belum tahu bagaimana hendak menghantar bantuan tersebut.

Perkara itu dikongsi Shafeeqa menerusi sebuah posting di laman Instagramnya.

“PPE 2.0 ke Sabah pula. Macam best kan buat PPE. Tak apa, kita bantu kepada sesiapa yang memerlukan. Atu tolong lipat dan packed. Sekarang ini Cuma saya nak tahu cara macam mana nak hantar ke Semporna dan Kota Kinabalu. Siapa tahu boleh PM (mesej peribadi) saya ya.”

Menerusi entri berkenaan, Shafeeqa tampil berkongsi sepotong video suaminya sedang membantu mengemas PPE tersebut.

Tidak ketinggalan, Shafeeqa juga memaklumkan pihaknya kini memerlukan lebih tenaga tukang jahit bagi sesiapa yang ingin volunteer.

“Sesiapa yang boleh sumbang dana atau ada PPE yang boleh anda bagi kepada kami untuk dihantar ke sana boleh PM saya. Jika ada fabrik, saya akan usahakan untuk menjahit PPE bersama volunteer lain.”

Terdahulu, ketika frontliners sedang membantu merawat pesakit COVID-19 di Malaysia, Shafeeqa merupakan antara individu yang telah membanting tulang menjahit sendiri semua PPE dan menyalurkan kepada hospital-hospital yang memerlukan.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...