Membuat keputusan menarik diri dari media sosial, usahawan kontroversi, Aliff Syukri kali ini secara tiba-tiba memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Selepas empat hari berdiam diri dari dunia maya, Aliff dilihat menari dengan sebatang mop dalam video teaser lagu terbaharunya, Baby Sayang.
Tindakannya menari bersama alat peralatan rumah itu dipercayai untuk memerli pihak yang mengecam dirinya bersama Baby Shima sebelum ini.
Ok kalau mcm ni ok tak??
Dalam pada itu, beberapa jam sebelum ini, Aliff membuat entri di Instagram Story memberitahu ingin menjual akaun Instagramnya dengan harga RM500,000.
Perbuatan usahawan itu menerima kecaman hebat daripada warganet yang menyifatkan Aliff sebagai seorang yang dahagakan perhatian dan menyifatkan tindakannya sebelum ini hanyalah satu ‘propa’.
Sebelum ini, Aliff Syukri pernah mendakwa bahawa dirinya mempunyai masalah mental tahap dua dan ingin berhenti menggunakan media sosial atas sebab kesihatan.