Selebriti sensasi Atta Halilintar dan isteri, Aurel Hermansyah sudah siap untuk menyambut kelahiran bayi sulung mereka dengan membina sebuah rumah agam seperti istana.
Memetik laporan dari Gempak, rumah yang diberi nama sebagai Rumah Baby AHHA yang bakal siap tidak lama lagi dibina semewah sebuah hotel lima bintang di Bali.
Dengan hasil kerja keras Atta selama 14 tahun, beliau berkongsikan sebuah video pembinaan rumah baru mereka untuk tatapan umum di saluran rasmi akaun YouTubenya.
Difahamkan pembinaan rumah AHHA yang mula dibangunkan sejak tahun 2020 itu tertangguh buat sementara waktu akibat penularan pandemik yang berlaku di negara.
Mendapat ilham dari selebriti Raffi Ahmad, rumah ini bakal mempunyai ruang bawah tanah untuk dijadikan sebagai ruang parkir buat koleksi kereta Atta.
Terdahulu, Aurel yang juga merupakan anak kepada penyanyi Indonesia terkenal iaitu Krisdayanti dan Anang Hermansyah telah keguguran selepas mengalami pendarahan yang teruk pada bulan Mei tetapi pasangan itu dimurahkan rezeki sekali lagi apabila Aurel mengumumkan dirinya hamil Ogos lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.