‘Atok Akan Dapat Cucu Lagi’ – Teka Teki Terjawab, Elly Mazlein Sah Hamil

Hiburan

‘Atok Akan Dapat Cucu Lagi’ – Teka Teki Terjawab, Elly Mazlein Sah Hamil

Setelah lebih setahun berkahwin, Elly Mazlein menerusi hantaran terbaru di Instagram mengesahkan dirinya kini hamil. Tekaan peminat nampaknya tepat apabila ‘baby bump’ jelas kelihatan ketika Elly Mazlein mengacarakan program Muzikal Lawak Superstar musim kedua.

Walau bagaimanapun, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina tidak memaklumkan usia kandungannya itu.

Advertisement

Bismillahirrahmannirrahim…
Syukur Alhamdulillah.. InsyaAllah tak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami

Atok akan dapat cucu lagi.. Papa akan dapat seorang lagi anak manja dan Kakak Manja akan dapat Adik ( tapi kakak Manja mintak “Sister”.. mana-mana pun tak apa, hanya mendoakan baby sihat & dipermudahkan)

Dan Mama tak sabar nak menjaga kesemua nyawa suri hati ni.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Terima kasih di atas doa, wahai kesayangan smua.. Terima kasih sentiasa bersama saya dari saat getir hingga saat pelangi kebahagian datang menerpa.. Doa saya, agar Allah permudahkan urusan anda semua..
Dan akhir sekali jawapan bagi smua soalan adalah? Alhamdulillah, Ya Kak Kepom Pregnant
Terima kasih

Menerusi hantaran tersebut, Kak Lina meluahkan rasa syukur tidak terhingga di atas kurniaan rezeki yang bakal lahir tidak lama lagi. Dia turut berterima kasih kepada peminat yang sentiasa ada bersama ketika susah dan senang.

Di Instagram Story, Kak Lina berjanji akan berkongsi tips yang diamalkannya sehingga berjaya hamil. Penyanyi lagu popular ‘Jangan Ditambah Bara Yang Tersimpan’ ini mendoakan semoga orang ramai yang menantikan kehadiran cahaya mata turut akan merasainya tidak lama lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...