Atlit Pemanah Berkuda Ini Buktikan Jantina Bukan Penghalang Untuk Berjaya Ke Peringkat Antarabangsa

Trending

Atlit Pemanah Berkuda Ini Buktikan Jantina Bukan Penghalang Untuk Berjaya Ke Peringkat Antarabangsa

Rata-rata masyarakat pastinya mempunyai hobi dan kecenderungan yang tersendiri. Baik dari aktiviti yang ringan sehingga yang mencabar minda, semuanya patut menjadi kebanggaan.

Menarik kali ini, ketika wanita ini menyertai sebarang kejohanan di peringkat antarabangsa, pasti banyak mata-mata yang memerhatikan kelincahannya dek keunikan yang dibawa olehnya sebagai gadis bertudung.

Advertisement

Meskipun gadis ini berketinggian 155 sentimeter, dia seorang yang sangat cekal dan berani untuk mencuba walaupun Malaysia bukanlah negara yang popular dengan sukan berkuda.

 

Pemilik nama Erina Emelia Ismail, 30 ini juga rupanya menyertai arena yang tiada kategori jantina. Keberaniannya itu sering kali membuka mata ramai pihak walaupun saingan daripada peserta antarabangsa jelas terlihat aura lasaknya. Bukan calang-calang tau..

Lapor Hafiz dari Harian Metro, anak sulung pasangan Ismail Mohd Dali dan Fanti Melia Adlis itu tidak sedikit pun merasakan kejayaan yang diraihnya sudah memberi kepuasan secukupnya.

“Di dalam sukan memanah berkuda ini, format kejohanan cukup berbeza kerana ia sentiasa berubah mengikut negara yang menganjurkan.

“Saya tidak pernah meletakkan kemenangan sebagai matlamat tetapi mengasah bakat itu lebih utama kerana format adalah berbeza setiap negara. Kemenangan itu bonus tetapi ilmu menjadi keutamaan,” 

Sumber : Metro (Hafiz)

Menyingkap kisah permulaan Erina ke dalam bidang itu, dia sendiri tidak menyangka subjek kokurikulum yang terpaksa diambil itu menjadikan dia seorang atlit pemanah berkuda.

“Ketika menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), saya perlu mengambil subjek kokurikulum dan ketika itu yang ada hanya berkuda dan gamelan. Saya bukan seorang yang gemarkan seni muzik. Jadi ambil sahaja berkuda.

Tambah wanita ini, dia juga tidak menunggang kuda ketika mengikuti kursus itu kerana hanya didedahkan dengan ilmu menguruskan kuda dan cara pembersihan kandang. Ketika itu, fikirannya beranggapan bahawa menunggang kuda ini pasti menelan belanja yang tinggi.

Akan tetapi, segalanya bermula dengan lebih drastik apabila dia ditawarkan untuk menunggang kuda dengan harga pelajar.

Walau aktiviti itu dilakukan secara suka-suka katanya, Erina melihat hobi itu sebagai sesuatu yang menarik untuk dilakukan.

“Jadi, saya mencari atlet di dalam dokumentari itu di Facebook dan bertanyakan mengenai cara menyertainya. Selepas tamat belajar pada 2014, saya mula mencari jurulatih dan belajar cara menunggang kuda dan memanah tradisional yang betul,” katanya.

Ketika sesi kursus, Erina Emelia atau mesra disapa Erina ini telah mendapat bimbingan Sarjan Marshal Ajail daripada Angkatan Tentera Malaysia yang juga merupakan pemanah berkuda Malaysia.

Tambahnya, kejayaan yang disandangkan kini juga berkat tunjuk-ajar setelah ditemukan dengan Persatuan Pemanah Berkuda As-Sibaq Malaysia.

Sumber : Metro (Hafiz)

Lebih menjadi tumpuan, persatuan yang menjadi tulang belakangnya itu telah menjadi lebih unik apabila Erina seorang sahaja pemanah berkuda wanita.

Meskipun begitu, keadaan itu tidak sedikit pun mematahkan semangat Erina kerana dia percaya walau dalam sebarang bidang pun, usaha adalah nilai yang paling utama untuk orang di sekeliling menilainya, bukan kerana jantina.

“Apabila kita memberikan komitmen untuk belajar tanpa jemu, kita akan dilihat seorang yang amat berdisiplin untuk mengejar sebarang impian. Malu seorang wanita itu perlu diletakkan di tempat yang betul” 

Pun begitu, ketika disergah dengan soalan mengenai cabaran sebagai atlet pemanah berkuda, dia mengatakan jatuh ketika menunggang itu adalah perkara yang biasa namun tidak boleh dibiasakan.

Sumber : Metro (Hafiz)

“Maka, apabila sudah jatuh jangan merasa trauma untuk meneruskan lagi pembelajaran kerana ia adalah sebahagian daripada kita untuk mengasah ilmu di dalam sukan ini”

Jelas Erina Emelina, dia amat menggalakkan dan menyokong lebih ramai wanita di negara ini menyertai sukan memanah berkuda kerana ia adalah sebahagian daripada sunnah dan pastinya sesuatu yang menyihatkan tubuh badan. Salute lah!

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...