Atlet Malaysia Bawa Balik Pingat Emas Sukan Olimpik 2024 Bakal Dihadiahkan Apartment Bernilai RM1 Juta

Berita

Atlet Malaysia Bawa Balik Pingat Emas Sukan Olimpik 2024 Bakal Dihadiahkan Apartment Bernilai RM1 Juta

Sedia maklum, Sukan Olimpik Paris 2024 bakal membuka tirai pada 26 Julai 2024 dan akan melabuhkan tirai pada 11 Ogos 2024.

Kali ini, atlet negara kita turut sertai iaitu merangkumi 10 sukan seperti terjun, renang, sukan pelayaran, menembak, berbasikal, angkat berat, badminton, golf dan olahraga.

Advertisement

hadiah pemenang pingat emas olimpik paris

Terbaru, melalui laman Facebook Menteri Belia dan Sukan, pihak Jawatankuasa Road to Gold (RTG) mengumumkan bahawa terdapat dua penaja bakal memberi tajaan kepada atlet yang berjaya membawa pingat emas pertama di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Dalam hantaran tersebut, penajaan itu diberikan oleh Tan Sri Dr. Lim Wee Chai, Pengerusi Eksekutif Top Glove & Pemilik Top Residency berbesar hati untuk menghadiahkan unit pangsapuri servis bernilai RM1 juta sebagai ganjaran buat atlet yang berjaya.

hadiah pemenang pingat emas olimpik paris

Dalam pada itu, penaja kedua iaitu En Lim Kim Heng, Pengerusi Eksekutif Senheng pula akan menghadiahkan wang tunai RM1 juta kepada atlet yang di bawah Program Bakat Badminton yang berjaya bawa pulang pingat emas.

baju olimpik paris 2024
4 months ago

Dikatakan Tidak Menonjol, MOM Akhirnya Reka Corak Baru Pakaian Rasmi Kontijen Negara Ke Olimpik Paris

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...