Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL), Sabtu lepas.
Menurut laporan, Masyitah yang menunggang motosikal itu telah dilanggar dan diseret sejauh 600 meter oleh seorang pemandu lelaki yang dipercayai mabuk.
Ada saksi dan bukti dashcam
Menerusi hantaran oleh Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, atlet berusia 22 tahun itu kini dirawat di Hospital Colombia, Johor Bahru akibat kecederaan yang serius dialaminya.
Menurut saksi berserta rakaman ‘dashcam’, kereta terbabit dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal dan kemudiannya menyeret mangsa sejauh 600 meter.”
Ulang alik ke rumah untuk jaga ibu bapa sakit
Pelajar jurusan Kejuteraan Mekanikal itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dan difahamkan Masyitah memang sering berulang-alik dari Politeknik Ibrahim Sultan ke rumah bagi menjaga ibu bapanya yang sakit.
Ibu mangsa mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan manakala bapa mangsa tidak sihat dan perlukan rawatan dialisis.”
Dalam pada itu, tular di media sosial beberapa keping gambar selepas kemalangan tersebut berlaku termasuklah foto seorang lelaki berbaju merah didakwa merupakan suspek sedang membuat isyarat ‘peace’.