Atlet Jual Semula Telefon Lipat Samsung ‘Limited Edition’ Edisi Olimpik Dengan Harga Lebih RM40,000

Kehidupan

Atlet Jual Semula Telefon Lipat Samsung ‘Limited Edition’ Edisi Olimpik Dengan Harga Lebih RM40,000

Sedia maklum, setiap atlet yang sertai Sukan Olimpik Paris 2024 dihadiahkan sebuah telefon bimbit lipat jenama Samsung iaitu Galaxy Flip 6 Edisi Terhad.

Telefon edisi khas untuk atlet Olimpik Paris 2024

Difahamkan, seramai 17,000 atlet telah menerima telefon bimbit tersebut bagi mempromosikan ia hingga ke peringkat antarabangsa.

Advertisement

Dapat dilihat, telefon Galaxy Flip 6 ini direka khas berwarna emas bersama logo Olimpik dan didatangkan bersama case kulit.

galaxy flip 6 versi olimpik

Atlet Olimpik jual telefon harga mahal

Melalui laporan The Vocket, sebahagian atlet Olimpik difahamkan telah mula menjual semula menerusi bidaan di platform eBay.

Secara purata, harga telefon itu bermula dengan bidaan $1000 (RM4,457.32) atau menjual dengan harga yang sudah ditetapkan sebanyak $10,000 (RM44,573.21).

ebay samsung galaxy z flip 6

Dalam pada itu, ada juga atlet yang menjual dengan harga yang lebih murah sekitar harga $6,900(~RM31,008).

Atlet malaysia bawa pulang gangsa dapat kereta chery
2 months ago

Julang Pingat Gangsa, Tiga Atlet Negara Dah 'Confirm' Dapat Habuan SUV Chery

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...