Sebelum ini tular satu video yang memaparkan atlet daripada Israel memijak serta melompat di atas katil ketika Olimpik Tokyo sehingga hancur.
Tindakan tersebut nyata mendapat respon yang cukup negatif dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen. Memang melampau!
Terbaharu, pasukan besbol daripada Israel telah memohon maaf atas tindakan mereka memuat naik video yang menunjukkan mereka melompat di atas katil ketika Sukan Olimpik di Tokyo.
Menurut The Times of Israel, mereka hanya mahu menguji tahap kekukuhan katil kadbod itu dengan lebih ramai lagi individu yang berada di atasnya.
“Kami tidak ada niat untuk tidak menghormati tuan rumah, kami hanya ingin melihat tahap ketahanan katil itu”
Katil tambahan untuk atlet Israel
Menurut Wagner salah satu individu di dalam video itu, pasukannya mempunyai katil tambahan walaupun katil di dalam video itu sudah kelihatan hancur.
Tambahnya, mereka juga turut menikmati tidur di atas katil itu dan pemilihan katil yang dikitar semula ini ialah pilihan yang bagus serta berharap insiatif seperti ini dapat diteruskan untuk Sukan Olimpik akan datang.
Bagaimana tercetusnya niat untuk uji ketahanan katil?
Kecendurangan beberapa pihak untuk menguji tempat tidur ini setelah mengetahui khabar angin yang mengatakan katil kadbod itu dicipta untuk mengelakkan para atlet melakukan hubungan intim sehingga ia dilabel sebagai ‘katil anti-maksiat’ oleh warganet.
Jawatankuasa Olimpik ambil tindakan
Setelah video itu tular dan dilihat oleh pihak Jawatankuasa Olimpik Israel, mereka memaklumkan dalam satu kenyataan akan memanggil pengurus pasukan itu serta mengadakan perjumpaan bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak mereka.
Menurutnya, apa yang dilakukan oleh pasukan besbol dari Israel itu ialah satu tindakan kebudak-budakan.
Sehubungan itu, pihak pengurusan telah meminta maaf dan menyatakan kekesalan atas tindakan yang dilakukan oleh pasukan besbol tersebut.
Walau bagaimanapun, tindakan mereka itu tetap mendapat kecaman daripada netizen kerana perbuatan seperti itu tidak seharusnya dilakukan.
Pendapat anda? Kongsikan bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara