Atlet Indonesia Berjaya Peroleh Dua Emas, Tak Tahu Bapa Meninggal Dunia Sejam Sebelum Perlawanan

Trending

Atlet Indonesia Berjaya Peroleh Dua Emas, Tak Tahu Bapa Meninggal Dunia Sejam Sebelum Perlawanan

Acara wushu di Sukan SEA 2019 menyaksikan atlet dari Indonesia, Edgar Xavier berjaya mendapatkan dua pingat emas. Tetapi kegembiraannya bertukar duka apabila dimaklumkan berita kematian bapanya sejurus tamat perlawanan.

Baca: “Ada Yang Bertukang Lagi”, Kelengkapan Sukan SEA Filipina Banyak Yang Tak Siap?

Advertisement

Bapa meninggal sejam sebelum beraksi

Kira-kira sejam sebelum perlawanan, berita kematian bapanya telah dimaklumkan kepada pasukan tanpa pengetahuannya. Mereka terpaksa merahsiakan berita itu bagi mengelakkan fokusnya terganggu semasa perlawanan.

Selepas mendapat tahu berita itu, Edgar menangis tanpa henti mengenangkan bapanya tidak sempat melihat kemenangannya di Sukan SEA 2019.

sukan sea

Kredit: Twitter

Edgar juga memuatnaik gambar kemenangannya di Instagram dengan mendedikasikan kemenangannya untuk bapanya. Edgar berjaya mendapatkan dua pingat emas di Sukan SEA 2019 bagi acara Gunshu dan Daoshu.

2 Gold Medals, for Papa

sukan sea

Kredit: Instagram

sukan sea

Kredit: Instagram

Baru-baru ini, penganjur Sukan SEA 2019 dikecam apabila membiarkan pesilat negara yang tercedera tanpa rawatan segera. Untuk artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Pesilat Malaysia Tidak Diberikan Bantuan Segera, Netizen Pertikaikan Kecekapan Penganjur Sukan SEA 2019

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...