Acara wushu di Sukan SEA 2019 menyaksikan atlet dari Indonesia, Edgar Xavier berjaya mendapatkan dua pingat emas. Tetapi kegembiraannya bertukar duka apabila dimaklumkan berita kematian bapanya sejurus tamat perlawanan.
Baca: “Ada Yang Bertukang Lagi”, Kelengkapan Sukan SEA Filipina Banyak Yang Tak Siap?
Bapa meninggal sejam sebelum beraksi
Kira-kira sejam sebelum perlawanan, berita kematian bapanya telah dimaklumkan kepada pasukan tanpa pengetahuannya. Mereka terpaksa merahsiakan berita itu bagi mengelakkan fokusnya terganggu semasa perlawanan.
Selepas mendapat tahu berita itu, Edgar menangis tanpa henti mengenangkan bapanya tidak sempat melihat kemenangannya di Sukan SEA 2019.

Kredit: Twitter
2 Gold Medals, for Papa

Kredit: Instagram

Kredit: Instagram
Artikel berkaitan: Pesilat Malaysia Tidak Diberikan Bantuan Segera, Netizen Pertikaikan Kecekapan Penganjur Sukan SEA 2019