Aksi terjunan atlet China cukup memukau penonton apabila dia berjaya meraih markah yang cukup sempurna pada dua terjunan di acara akhir 10 meter platform di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Atlet muda yang dikenali sebagai Quan Hongchan sekaligus membawa pulang pingat emas dengan catatan markah keseluruhan iaitu 466.20 mata.
#diving Looking for 10s? ?? pic.twitter.com/QOT4yS6DDx
— FINA (@fina1908) August 5, 2021
Datang daripada keluarga kurang berkemampuan
Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, remaja berusia 14 tahun ini sebenarnya datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan dimana kedua ibubapa bekerja sebagai petani.
Aku sebak bila Astro Arena cakap parents Quan Hongchan kerja petani dan mak dia sakit. Dia harap duit menang gold dapat bayar medical bills. 14 years old wei. She doesn’t care pun about other divers, she’s just saving her mom. Brb crying. ????
— Malissa Ali (@malissaali) August 5, 2021
Namun, dikhabarkan ibunya juga sedang sakit dan Hongchan nekad untuk meraih pingat emas di Sukan Olimpik supaya hadiah yang diperoleh itu dapat menanggung kos rawatan ibunya.
Respon rakyat Malaysia yang kagum dengan aksi terjunan Quan Hongchan
Kisah daripada atlet muda ini berjaya mendapat perhatian rakyat Malaysia walaupun dia sebenarnya ‘lawan’ kepada Pandalela di temasya Sukan Olimpik.
Atlet kecil molek ini menjadi bualan warganet kerana kebolehannya yang cukup memukau ramai individu.
Kebiasaannya remaja di usia seperti ini akan menikmati masa muda mereka dengan hal-hal yang lain namun untuk atlet dari China ini dia harus membantu keluarganya yang kurang berkemampuan.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara