July 10th, 2020

Mengakui dirinya bukanlah seorang yang gemar melakukan aktiviti sukan lebih-lebih lagi sewaktu zaman remajanya di sekolah, penyanyi Atilia Haron pernah berasa bimbang akan mengalami penurunan berat badan sekiranya aktif bersukan.

atilia haron tak bersukan sebab takut berat badan turun

Hal ini kerana, menurut Atilia selain risau akan penuruna berat badan, Atilia juga mendedahkan dirinya menghidap asma yang teruk dan selalu mengantuk dan keletihan.

“Sayalah insan yang paling malas bersukan di sekolah. Saya hanya berlari pecut sahaja kerana aktiviti itu boleh diselesaikan dengan cepat. Saya pernah ada asma yang teruk, selalu mengantuk dan keletihan.”

Lebih perit, Atilia menyatakan, masalah kekurangan berat badan itu juga membuatkan dirinya tidak pernah dibenarkan melakukan proses derma darah.

atilia haron tak bersukan sebab takut berat badan turun

Rentetan daripada itu, Atilia dikhabarkan mengambil inisiatif untuk mula menukar gaya hidup dengan melakukan aktiviti senaman yoga selepas berdepan dengan satu insiden yang mencemaskan.

“Saya kemudian mencuba yoga. Pada hari ini, selepas 16 tahun, saya rasakan inilah satu keputusan yang terbaik saya pernah buat.”

Menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagramnya itu, Atilia mempamerkan foto dirinya mampu berada dalam posisi yang cukup fleksibel.

“Saya benci ketika menyertai kelas yoga buat pertama kali, saya muntah dan badan saya kejang. Apapun, saya bangga, hari ini saya masih mampu untuk terus lakukannya.”

Terdahulu, Atilia mencuri tumpan ramai apabila melakukan yoga ketika membeli-belah di sebuah pasar raya. Malah tindakannya itu dikecam warganet kerana tidak sensitif dengan etika kebersihan apabila tampil berkaki ayam melakukan aksi tersebut.


One response to “Atilia Haron Pernah Tak Nak Bersukan Sebab Risau Berat Badan Turun”

  1. Anonymous says:

    Yoga bukan Senaman Islam

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...