Tahun lepas, pelakon Atikah Suhaime dihimpit pelbagai gosip hangat dan antaranya ialah ketika foto lucah beliau dan Idris Khan tersebar luas di Internet.
Memasuki tahun baru, Atikah kini ingin melupakan segala perkara negatif yang berlaku dan ingin memulakan hidup baru. Malah, beliau juga tampil dengan imej berbeza dan berambut pendek kini. Ramai yang tanya, adakah Atikah ingin membuang “bala†yang menimpa beliau?
Saya bukan hendak buang bala, jika saya berkata demikian orang akan kecam pula.  Namun, ini cara terbaik untuk saya melupakan segala yang berlaku pada tahun lalu, sekali gus memulakan kehidupan 2017 sebagai Atikah Suhaime yang baharu.
Sebagai manusia, saya hanya ingin menikmati kehidupan dan mengecapi kegembiraan dengan penampilan terbaharu.
Atikah juga menjadi tumpuan apabila berada di tangga kedua selepas Donald Trump sebagai individu paling dicari di Malaysia dalam carian Google. Dipercayai, kedudukan Atikah melonjak gara-gara kontroversi foto lucahnya.
Walaubagaimanapun, Atikah enggan mengulas lanjut mengenai isu itu dan mahu fokus kepada perkara yang melibatkan kerjayanya sahaja.
Pada tahun ini, saya hanya ingin fokus dalam kerjaya dan enggan terlalu fikir apa yang diperkatakan orang.
Apa yang lepas, biarlah ia berlalu dan saya hanya ingin memandang ke hadapan. Jika boleh, saya akan mengelak untuk menjawab soalan berbaur kontroversi, cara itu lebih baik.
Baguslah kalau Atikah Suhaime sudah tampil dengan imej sert semangat yang baru. Harapnya tahun 2017 ini akan membuatkan Atikah lebih dikenali dengan bakat lakonannya dan tidak dihimpit kontroversi panas lagi.