Tentu anda masih ingat dengan nama pelakon, Atikah Suhaime yang hangat dengan kontroversi video lucah dan peyebaran foto bogelnya bersama pelakon Idris Khan.
Baru-baru ini, khabarnya pelakon itu ada memuat naik status di akaun Instagramnya yang menyatakan hasratnya untuk berhenti berlakon.
Status yang ditulis Atikah :-
It has been a great journey. But I’m quitting. I love all of you who have loved me. And I forgive all of you who have hated me. And with a heavy heart, I have to say that it is time to leave everything behind.
Walaubagaimanapun, menurut Raja Mawar daripada akhbar Berita Harian, status yang dimuat naik oleh Atikah pada hari Rabu lalu telah dipadam, juga pada hari yang sama.
Luahan Atikah itu juga mengejutkan pihak pengurusannya iaitu MIG. Khabarnya, Atikah masih lagi mempunyai kontrak dengan syarikat berkenaan sehingga bulan Julai 2017.
Apakah niat sebenar Atikah memuat naik status berkenaan? Adakah beliau sekadar ingin mencetuskan gimik? Hmmph..