Pelakon Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa bersalah selepas anak perempuannya, Lyla Mulan Teh, mengalami luka kecil pada bahagian muka akibat terjatuh dari buai.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Atikah berkongsi foto anaknya yang mengalami kecederaan di bahagian hidung dan kening.
Menurut pemilik nama penuh Nur Atikah Mohd Suhaime, insiden itu berpunca daripada kesilapannya sendiri ketika memasang buai.
Sebenarnya semua ini salah saya. Suami saya tengok, rupanya (buai) salah pasang. Saya salah pasang, kemudian buai jatuh.
Saya dah guna buai ini untuk tiga bulan. Ini memang salah saya. Saya gagal sebagai seorang ibu.
Dalam perkongsian lain, pelakon drama Cinta Tanpa Ganti itu turut memohon maaf kepada anaknya atas kesilapan tersebut.
Mami (Atikah) minta maaf. Tak kira apa saja karenah anak, sentiasa pegang dia. Jagalah bayi anda, mereka hanya membesar sekali seumur hidup.
Atikah turut menasihati para ibu bapa agar sentiasa memberikan perhatian penuh kepada anak kecil walau dalam apa jua keadaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.