June 22nd, 2015

Selepas dikecam kerana sering memuat naik foto beliau bersama kekasih di media sosial, timbl pula satu dakwaan baru yang mengatakan pelakon Atikah Suhaime kerap keluar masuk ke sebuah unit kondominium dipercayai milik kekasihnya terletak di Cyberjaya.

Menurut  sumber, terdapat bukti kamera litar tertutup (CCTV) yang menampakkan kelibat belia ketika berkunjung ke kondominium tersebut. Mengulas mengenai gosip ini, Atikah nyata agak terperanjat dengan berita ini dan menafikan perkara berkenaan.

Eh, tak adalah, tak betul tu. Jahatnya orang yang buat cerita macam ni. Saya tak pernah pergi ke rumah sesiapa pun di Cyberjaya. Saya tak tahu siapa yang orang tersebut nampak yang pasti ia bukan saya. Saya juga tidak tinggal di kawasan yang disebutkan itu jadi saya rasa cerita ini sengaja diadakan untuk memburukkan nama saya.

Apabila ditanyakan tentang kebenaran adakah kondo yang disebutkan itu didiami oleh teman lelakinya, Atikah bagaimanapun tidak mahu memberikan komen lanjut mengenainya. Buat masa ini, beliau tidak mahu mendedahkan kisah peribada secara keterlaluan.

Saya tidak mahu mengulas lanjut apa-apa pertanyaan yang mengaitkan teman lelaki atau hal peribadi. Buat masa ini saya mahu membina karier dan tidak mahu diganggu dengan kontroversi atau cerita sensasi yang mengaitkan dirinya.

Kontroversi dan cerita sensasi adalah lumrah hidup yang anda harus hadapi saat anda bergelar artis. Mungkin seseorang artis itu berhak untuk tidak memberikan sebarang komen, tetapi jangan biar peminat dan orang ramai ters tertanya-tanya. Apa salahnya untuk membicarakan perkara yang sebenar.

Sumber Berita: Murai

 

 

 

 


Comments are closed.

Loading...