September 21st, 2016

Baru-baru ini ada sumber yang menghubungi kami dan mendakwa pelakon Atikah Suhaime sudah putus bersama kekasih juruterbangnya dan kini sedang hangat bercinta pula dengan Sherzod Yusuf seorang model yang berasal daripada Uzbekistan dan merupakan adik kepada model terkenal Daler Yusuf.

Gosip cinta Atikah dan Sherzod mula mencuri tumpuan ramai selepas kedua-dua memuat naik foto mesra mereka di Twitter.

Walaubagaimanapun, Atikah menafikan beliau sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama Sherzod.

Itu seperkara lagi yang saya tak nak komenlah.

Ermmh, jika kita lihat foto-foto dan tweet di atas, susah hendak percaya yang mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan. Mereka begitu mesra sekali bukan? Apa pendapat anda?

Sumber Berita : Media Hiburan


Comments are closed.

Loading...