Atikah Suhaime Mula Muncul Semula Di TV Selepas Digam Selama Enam Bulan Kerana Isu Video Threesome

Hiburan

Atikah Suhaime Mula Muncul Semula Di TV Selepas Digam Selama Enam Bulan Kerana Isu Video Threesome

Sebelum ini nama pelakon baharu Atikah Suhaime terpalit dengan kontroversi video lucah bersama pelakon Ammar Alfian dan seorang lagi pelakon baharu Idris Khan.

Namun, Atikah menafikan beliau terlibat didalam video itu  tetapi mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Ammar.

Advertisement

Pelbagai spekulasi yang tersebar mengenai kisah mereka bertiga ini dan ramai yang mengaggap ia merupakan satu publisiti murahan. Susulan isu hangat berkenaan, Atikah digam oleh stesen televisyen.

Walaubagaimanapun, menurut  Pengarah Urusan Metrowealth iaitu David Teo,  Atikah yang berada di bawah pengurusan syarikat beliau sudah mula diterima kembali seperti biasa dan mula menerima tawaran lakonan selepas digam stesen televisyen bagi memastikan gosip melibatkan dirinya itu benar ataupun tidak.

Ya, dia dibekukan selama enam bulan oleh stesen televisyen kerana isu itu dan sudah berakhir Disember lalu. Sekarang dia mula dipanggil semula untuk beberapa tawaran berlakon drama. Itu adalah proses normal bagi stesen televiyen yang mahu pelakon bersih daripada kontroversi. Mereka mahu lihat bukti sahih sama ada melibatkan artis itu atau tidak.

Malah David yang memandang serius akan kontroversi yang melibatkan artisnya itu juga sudah melakukan beberapa siasatan sendiri dan terbukti bahawa Atikah sama sekali tidak terlibat dengan gosip berkenaan.

Saya ambil serius perkara ini kerana ia menjejaskan masa depan pelakon saya. Saya juga sudah siasat dan memang perkara tersebut tidak benar sama sekali. Mungkin juga berita buruk tersebut disebarkan oleh pesaing-pesaingnya dalam industri ini yang tidak senang dengan kehadiran Atikah.

Buat Atikah pula beliau sudah belajar daripada pengalaman lalu dan kini sudah mengurangkan pergaulan beliau kerana tidak mahu lagi dikaitkan dengan kontroversi.

Kini saya memang letakkan hadkan untuk bergaul dengan rakan artis jika bukan waktu bekerja kerana tidak mahu mencetuskan kontroversi seperti yang sudah terjadi.

Kontroversi dan artis tidak dapat dipisahkan tetapi tidak mustahil  ada juga musuh didalam selimut yang akan selalu hendak menjatuhkan Atikah.  Sekarang Atikah, Ammar dan Idris sudah boleh menarik nafas lega kerana sudah terbukti mereka tiada kaitan dengan video lucah yang diperkatakan.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...