Baru-baru ini pelakon yang kini semakin mencipta nama di Malaysia, Atikah Suhaime sering berkongsi foto mesra beliau bersama kekasih di akaun Instagram miliknya. Ada yang mendoakan kebahagiaan mereka tetapi ada seakan menyampah apabila Atikah dikatakan sengaja ingin menayang kekasih beliau.
Walaubagaimanapun, menurut Atikah perkara tersebut adalah tidak disengajakan, malah sebelum ini Atikah boleh dikatakan agak berahsia mengenai kisah cinta beliau.
Mungkin apa yang berlaku tidak disengajakan. Memang dari dulu saya tidak suka mempamerkan kekasih di hadapan umum apatah lagi berkongsi kisah peribadi. Bukan apa, bimbang orang bosan jika asyik kisah cinta diperkatakan sedangkan apa yang patut dikongsi adalah perkembangan karier.
Saya juga tidak mahu niat asal tersasar. Tujuan saya datang ke Malaysia adalah untuk mencipta nama sebagai pelakon dan bukan mencari kontroversi.
Atikah pada masa yang sama berharap agar perkara ini tidak dibesarkan dan meminta masyarakat memberinya peluang untuk beliau menumpukan perhatian dalam kerjaya beliau.
Bila bercinta tentu sekali kita ingin berkongsi rasa gembira bersama orang lain tetapi macam biasa ada orang yang suka ada yang tidak suka. Jadi selepas ini, kenalah berhati-hati bila ingin memuat naik sesuatu di laman sosial.