Pelakon jelita, Atikah Suhaime menarik perhatian warganet apabila secara terbuka berkongsi tip mencari suami berharta kepada para pengikutnya.
Dalam satu komen di TikTok, Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, mendedahkan bahawa sebelum mendirikan rumah tangga, beliau akan menyimpan wang untuk menikmati hidangan di restoran mewah, walaupun hanya sekali setahun.
Menurutnya, di tempat sebegitulah beliau bertemu jodoh dengan suaminya, Datuk Lokman Teh.
Dulu saya berjimat setahun sekali makan dekat restoran macam ini. Dekat tempat macam inilah saya jumpa suami. Cubalah, mana tahu satu hari nanti dapat.
Perkongsian tersebut dibuat sebagai respons kepada seorang pengguna TikTok yang berseloroh ingin mencari suami kaya agar dapat merasai pengalaman makan hidangan bernilai sekitar RM1,000 sepertinya.
Selain restoran mewah, Atikah turut mencadangkan lokasi lain yang boleh dikunjungi, antaranya padang golf.
Lagi satu tempat main golf. Mahal tapi sekali sekala pergilah saja-saja.
Terdahulu, Atikah memuat naik satu video memaparkan dirinya bersama suami menikmati makan malam di sebuah restoran Jepun dengan jumlah bil melebihi RM800.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.