Atikah Suhaime Belum Fikir Soal Kahwin Walaupun Sudah Ada Kekasih Hati

Hiburan

Atikah Suhaime Belum Fikir Soal Kahwin Walaupun Sudah Ada Kekasih Hati

Meskipun sudah mempunyai teman lelaki yang merupakan seorang juruterbang , pelakon MIG Atikah Suhaime memberitahu beliau masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Atikah yang masih lagi baharu dalam industri hiburan ingin memberikan tumpuan kepada kerjayanya dahulu  dan mahu memperbaiki kualiti lakonan beliau. Malah,  teman lelakinya juga turut bersependapat dalam hal berkenaan.

Belum terfikir lagi untuk berkahwin, Insya-Allah kalau ada jodoh pasti saya akan maklumkan kepada semua.

Buat masa ini biarlah saya memberi fokus kepada karier terlebih dahulu kerana saya pun masih baharu dan banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari.

Tambah Atikah, perkahwinan bukanlah satu perkara yang boleh dibawa main-main kerana seseorang itu harus memikul tanggungjawab dari pelbagai aspek.

Kami masih muda dan jauh lagi perjalanan kami. Buat masa ini biarlah kami stabilkan karier terlebih dahulu dan barulah fikir soal kahwin.

Bukan kerana tanggungjawab selepas berkahwin sahaja perlu di ambil kira, tetapi biarlah anda kenal luar dalam pasangan anda itu bagaimana sebelum membuat keputusan untuk bernikah.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...