Pelakon Atikah Suhaime sekali lagi meraih perhatian dan kali ini kerana dia telah berkongsi rezeki dengan membawa penjaga anaknya makan di sebuah restoran Korea.
Menerusi perkongsian Atikah, dia membawa dua penjaga anaknya itu makan Korean Sashimi bersempena dengan usia Lyla Mulan Teh mencecah tiga bulan.
Menurut pelakon berusia 34 tahun itu, perancangan awalnya adalah untuk pergi menjamu selera bersama suaminya, Datuk Lokman Teh dan rakan-rakan.
Namun, dia membatalkan perancangannya apabila mendapat tahu Mulan menangis tanpa henti.
Mereka ajak lepak dekat rumah. Rugi make up dah siap tetapi tidak jadi keluar. Saya buat keputusan untuk bawa mereka makan Korean Sashimi memandangkan mereka tidak pernah makan ikan mentah.
Atikah berkongsi dia memesan set makanan berharga RM381 sebelum kemudian membuat keputusan untuk menambah beberapa hidangan lain untuk penjaga anaknya itu.
Difahamkan, jumlah bil menu yang mereka pesan itu mencecah lebih RM800.
@atikahsuhaimeeee Dah lama tak upload video Mukbang. Sorry agak busy, lama tak keluar. Nak enjoy! Korean sashimi! #mukbang #fyp #koreansashimi #solafishmarket #solaris #solafishmarketsolaris ♬ original sound – TikaMe