Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Atikah Suhaime Akui Kini Sedang Hangat Bercinta Dengan Datuk Lokman

atikah suhaime hangat bercinta dengan datuk lokman

Difahamkan sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya, Datuk Lokman Teh, pelakon Singapura yang mencipta nama di Malaysia, Atikah Suhaime kini akui masih belum melakukan sebarang persediaan untuk melangkah ke fasa seterusnya.

atikah suhaime bercinta dengan datuk lokman

Advertisement

Kisah tersebut dikongsikan oleh pengurusnya, Nia Adlina Aisha yang bertanggungjawab menguruskan kerjana seni pelakon berkenaan.

Menurutnya, Atikah kini masih berada di Singapura menanti saat pihak kerajaan membenarkan orang luar masuk ke Malaysia.

“Apa yang dia nantikan adalah pintu sempadan dibuka semula kerana dia nak kembali bekerja.”

Tambahnya lagi, Atikah masih dalam proses penggambaran sebuah drama berjudul Dendam Cinta Aryssa terbitan Radius One yang tergendala berbaki 10 episod lagi.

atikah suhaime bercinta dengan datuk lokman

Advertisement

Untuk rekod, Atikah sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan penyayi Awi Rafael. Namun ikatan itu terlerai di tengah jalan apabila kedua-dua mereka difahamkan bersetuju memutuskan hubungan berkenaan pada 14 Mac 2019 iaitu tiga hari sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung.

Episod putus tunang itu langsung tidak memadam perasaan ingin berkasih dalam diri Atikah. Hal ini kerana, sekitar Julai 2019, Atikah dikhabarkan telah mula berkenalan dengan Lokman yang juga pewaris kepada produk penjagaan badan popular dan mula menjalinkan hubungan yang erat sehingga kini.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    June 10, 2020 at 8:46 am

    duk je la Singapura tu. berlakon kat sana. industri malaysia tak perlukan pelakon kayu mcm kau. syuh2. kat malaysia ni dah banyak warga asing. makin semak nanti

  2. Anonymous

    June 10, 2020 at 6:51 am

    retis mestilah cari yg kononnya org berada nak berlumba2 tayang biar pun dah dipakai

  3. apis

    June 9, 2020 at 8:15 pm

    semua sama je nak kaya2..nak2 artis sendu

  4. Anonymous

    June 9, 2020 at 6:42 pm

    Nak dapat ikan jerung kan

  5. kingkoko

    June 9, 2020 at 6:11 pm

    laa baru tau ke? dia ni ulang alik sana sini dgn family lokman teh ni.. lama dah… dulu lokman ni couple lama bertahun tahun dgn sepupu neelofa , si tania tu… taktau nape putus.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top