Menerusi hantaran di Instagram, Nurul Shuhada Mat Shukri mengesahkan bahawa dia telah menerima surat tuntutan saman daripada pihak ketiga iaitu Athira Yuhada.
Kata isteri Hafidz Roshdi itu, Athira telah memfailkan satu tuntutan saman susulan kenyataan dimuat naik Shuhada pada 15 Februari lalu (ucapan terima kasih kerana menghancurkan hatinya dan anak-anak).
Semalam saya dimaklumkan oleh peguam ada menerima surat tuntutan daripada pihak ketiga. Seharian semalam saya susah hati kerana belum pernah ada pengalaman ke mahkamah. Gementar juga memikirkan jumlah tuntutan ganti rugi yang bakal dia tuntut.”
Kata Shu, saman daripada Athira itu ibarat ujian yang bertubi-tubi menimpanya namun dia akui harus kuat dan bangkit demi anak-anak.
Shu bagaimanapun tidak berkongsi jumlah tuntutan saman yang diminta oleh Athira dan telah menyerahkan perkara berkenaan kepada peguam untuk langkah seterusnya.
Sementara itu, ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan pelbagai respon daripada netizen di mana rata-ratanya mengutuk tindakan Athira yang menuntut ganti rugi daripada Shuhada.