Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Athira Yuhada memberikan respon mengenai dakwaan yang mengatakan dia kini berbadan dua.
Respon Athira, dia tidak ingin memberikan sebarang komen namun berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan suami tersayang.
No komen. Pasal anak saya tidak mahu komen. Doakan yang baik-baik sahaja.
Dia memberikan jawapan berkenaan ketika ditemui di Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Industri Seni Budaya 2024 di PJPAC, semalam.
Difahamkan wanita itu mendapat Sijil Kemahiran Malaysia kategori nyanyian dan pernah menyertai pasukan Koir Kebangsaan selain bergelar tenaga pengajar di Permata Seni Koir sejak lima tahun lalu.
Ditanyakan tentang jika ada perancangan untuk menjadi penyanyi Athira berkata dia tidak berminat kerana lebih selesa menjadi tenaga pengajar.
Tidak. Saya tidak berminat untuk jadi penyanyi. Saya anggap ini hanya hobi sahaja. Hafidz juga tidak mendesak saya untuk jadi penyanyi atau apa. Dia hanya menyokong minat saya.
Sementara itu, Hafidz Roshdi turut hadir meraikan kejayaan isteri itu.
Sekadar info, Hafidz dan Athira selamat mendirikan rumah tangga pada 16 Disember tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.