Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Atas Tuduhan Mencuri & Berkelakuan Tidak Senonoh, Aliff Aziz Dipenjara Dua Minggu Selain Didenda

aliff aziz

Selepas mengaku bersalah pada 7 Ogos lalu di Mahkamah Negara Singapura atas pertuduhan mencuri dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai, pelakon Aliff Aziz disabitkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM5000.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dibaca, Aliff didakwa mencuri wang berjumlah S$300 (RM915) dan 1 juta rupiah (RM285) daripada seorang pelakon dan ahli politik Indonesia.

Advertisement

Kata Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siaw, lelaki itu kemudiannya mengakui pertuduhan mencuri tersebut dan menjelaskan bahawa dia bertindak demikian kerana “memerlukan wang”. Wang yang diambilnya itu kemudiannya digunakan untuk makanan dan pengangkutan.

aliff aziz

Dalam pada itu, kes lain ialah Aliff yang didapati mabuk di bawah jambatan pusat beli-belah Orchard Towers sekitar jam 5.30 pagi pada 10 November lepas.

Meskipun telah ditegur oleh seorang pegawai polis selepas dia dilihat menjerit dengan kuat dan memberi isyarat kepada seseorang, dia hanya mematuhinya buat seketika waktu sebelum melakukan tindakan yang sama selepas sejam kemudian.

Terdahulu, Aliff Aziz telah rujuk bersama bekas isterinya Bella Astillah dalam tempoh edah dan baru sahaja menimang cahaya mata kedua.

Sumber: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. hambaallah

    September 16, 2020 at 10:06 am

    semoga istiqomah sentiasa

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top