“Atas Dasar Perikemanusiaan Dan Keharmonian” – Keluarga ‘Abang Bas’ Buka Tabung, Mohon Sumbangan Bayar Ikat Jamin RM30K

Kehidupan

“Atas Dasar Perikemanusiaan Dan Keharmonian” – Keluarga ‘Abang Bas’ Buka Tabung, Mohon Sumbangan Bayar Ikat Jamin RM30K

Keluarga suspek amang seksual kanak-kanak Mohamad Norhadhim Sari,24, atau dikenali sebagai ‘Abang Bas’ difahamkan ada membuka tabung kutipan derma bagi mengumpul dana untuk membayar wang jaminan sebanyak Rm30,000.

Kutipan dana tersebut disalurkan menggunakan akaun AmBank milik kakaknya, Zarinah Sari.

Advertisement

Kakak abang bas buka tabung derma

Assalamualaikum saudara Islam yang banyak memberi sokongan dan maklum balas positif pada Abang Bas dan keluarga.

Sekali lagi kami merendah diri membuka tabung seikhlas hati atas dasar perikemanusiaan dan keharmonian, dari mata dan sisi Allah yang tidak pernah tidur untuk diri ini mendapatkan keyakinan.

Kakak Abang Bas menerusi hantaran Facebook itu juga mengharapkan adiknya itu diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi dugaan tersebut.

Ya allah, engkau berikan kekuatan kepada Abang Bas semoga dia berjaya menghadapi segala ujian dariMu.

Terima kasih warga media sosial yang banyak memberi nasihat, komen-komen positif, kata-kata semangat untuk membuka tabung ‘Abang Bas’ sebagai tiket saham akhirat mereka.

Terdahulu, lelaki yang turut mempunyai akaun TikTok yang diikuti 600,000 pengikut itu ditahan kerana dituduh melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak ketika bekerja sebagai pemandu bas pelajar sekolah rendah.

Dia kemudian didakwa di Mahkamah Sesyen Muar dan dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM30,000.

Mahkamah menetapkan tarikh 10 Oktober ini untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abang bas menangis
3 months ago

Didakwa Atas Pertuduhan Lakukan Amang S*ksual Kanak-Kanak, Abang Bas Menangis Mengaku Tidak Bersalah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...