“Atas Bawah Menda, Lucahlah Kau!” – ‘Share’ Tips Isteri Cepat Hamil, Aliff Syukri Teruk Dikecam Netizen

Trending

“Atas Bawah Menda, Lucahlah Kau!” – ‘Share’ Tips Isteri Cepat Hamil, Aliff Syukri Teruk Dikecam Netizen

Nama sering terpalit dengan pelbagai kontroversi, Datuk Aliff Syukri nampaknya tidak serik-serik dikecam oleh warganet kerana melakukan konten mengundang di platform media sosialnya.

Kali ini nama Aliff Syukri menjadi bualan ramai setelah memuat naik satu video di Instagram memaparkan dirinya memakai baju maskot Spiderman bersama tuala putih diikat di bahagian bawah.

Advertisement

Bukan itu yang menjadi perhatian ramai, tetapi tips yang diberikan dalam video itu membuat ramai berasa kurang senang kerana usahawan tersebut tanpa segan silu berkongsikan tips untuk membuat isteri cepat hamil.

Biarpun bertujuan untuk promosikan produk khas lelaki dan wanita keluaran syarikatnya, tips tersebut tidak disambut oleh para netizen dan kebanyakkan merasakan ia seakan-akan konten lucah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengecam tindakan Aliff memuat naik konten sedemikian dan berasa bimbang seandainya video terbabit dilihat oleh kanak-kanak bawah umur.

komen netizen

komen netizen

Malah, lagu background yang digunakan dalam hantaran tersebut juga dikatakan mempunyai double meaning di mana ia lirik digunakan didakwa lucah.

Sebelum ini, Aliff Syukri pernah dikecam kerana memuat naik seolah-olah dia sedang ‘beronani’ di atas katil dan ia bertujuan untuk promosikan perniagaan tudungnya.

2 years ago

"Ni Cuma Soft P*rn" - Netizen Kritik Aliff Syukri, Buat Video Macam 'Melanc*p' Untuk Promo Tudung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...