Atas Alasan Rindu Mahu Berjumpa Kawan, Seorang Kanak-Kanak Menyamar Jadi ‘Baby Shark’

Trending

Atas Alasan Rindu Mahu Berjumpa Kawan, Seorang Kanak-Kanak Menyamar Jadi ‘Baby Shark’

Rutin harian penduduk dunia kian terbatas kerana impak yang dibawa oleh penyebaran wabak COVID-19. Ini memaksa beberapa negara yang terjejas untuk melakukan perintah kuarantin. Ada juga negara yang mengambil tindakan drastik dengan mengeluarkan perintah darurat dan perintah berkurung terhadap rakyat negaranya.

Kejadian ini sekali gus menunjukkan betapa parahnya wabak yang dibawa oleh virus ini. Kisah duduk di rumah untuk jangka masa yang lama pastinya akan membangkitkan mood bosan yang teramat sangat. Lebih-lebih lagi apabila sesetengah orang menghabiskan kebanyakan masanya di luar rumah untuk bekerja.

Advertisement

Itulah punca penyebab mengapa ada individu yang boleh melakukan sesuatu tindakan yang aneh serta berani untuk melanggar undang-undang yang dikuatkuasa ketika musim wabak ini. Matlamat utamanya, mereka hanya mahu berada di luar rumah.

kostum baby shark

Seorang kanak-kanak lelaki membuat satu perkara yang mencuit hati ramai pihak. Kanak-kanak tersebut sanggup memakai kostum ‘baby shark’ untuk menyamar dan berada di luar rumah. Difahamkan taktik penyamaran itu dilakukan untuk berjumpa dengan kawan yang sudah lama tidak berjumpa.

Jalen Feimster beranggapan dengan memakai kostum tersebut dia mampu untuk mengelakkan daripada ibunya mengetahui hasrat sebenar penyamaran. Ketika itu ibu Jalen, Christine sedang berada di luar rumah mereka di Ponchatoula, Louisiana.

kostum baby shark

Penyamaran itu akhirnya dihidu oleh ibunya kerana menjumpai gambar perkongsian di laman Facebook. Perkongsian tersebut menyatakan ada seseorang yang telah terserempak dengan ‘baby shark’ di kawasan kejiranan mereka.

Lantas Christine tersedar bahawa anaknya itu mempunyai kostum yang sama seperti dalam gambar yang dikongsikan. Sebelum itu, anaknya juga kerap bertanya bila waktunya untuk dia berjumpa dan bermain dengan kawan-kawan lain.

kostum baby shark

Memandangkan keadaan tidak mengizinkan, Christine telah melarang beberapa kali Jalen untuk keluar daripada kawasan rumah. Jalen memakai kostum tersebut untuk berjalan dikawasan terdekat untuk menjenguk dan melambai tangan kepada kawannya.

Sehingga ke hari, masih lagi tiada negara yang mengisytiharkan bebas daripada pandemik COVID-19 selain negara China. Kebanyakkan negara masih mencatatkan kenaikan kes positif pesakit COVID-19 bersama dengan jumlah kematian.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...