Usahawan dan personaliti media sosial, Asyraf Khalid, bertekad mahu melahirkan generasi muda berjiwa kepimpinan melalui platform Madani Future Leaders 500, di bawah naungan Madani Research Centre (MRC).
Program berskala nasional itu menghimpunkan 500 pelajar terbaik dari seluruh negara untuk dibimbing secara dekat oleh tokoh korporat, usahawan, serta pemimpin industri, dengan matlamat membentuk pemimpin masa depan yang bijak, berwawasan dan berakhlak.
Menurut Asyraf, 33, beliau yakin anak muda hari ini memiliki potensi besar untuk menjadi pemimpin, asalkan diberikan peluang dan bimbingan yang betul.
Saya percaya setiap perubahan besar bermula dengan peluang.
Generasi muda hari ini bukan kurang bakat, cuma mereka perlukan ruang untuk berkembang dan dibimbing dengan nilai yang betul,” katanya ketika ditemui selepas dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Madani Research Centre (MRC) baru-baru ini.
Tambah Asyraf, program tersebut akan memberi pendedahan kepada pengalaman dunia sebenar, termasuk bimbingan dalam kepimpinan, komunikasi berkesan dan pemikiran strategik.
Saya mahu lihat lahirnya generasi pemimpin yang bukan sekadar bijak, tetapi juga berjiwa besar, berempati dan faham tanggungjawab membina negara.
Pelantikan Asyraf diumumkan oleh Pengerusi MRC, Dr. Madhi Hasan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azmi Mat Nayan, dengan beliau diberi tanggungjawab menguruskan bahagian Penjenamaan dan Penglibatan Awam.
Selain memperjuangkan pembangunan kepimpinan belia, Asyraf turut menzahirkan komitmen terhadap hak dan penerimaan kanak-kanak berkeperluan khas melalui Inisiatif Madani untuk Kanak-Kanak Keperluan Khas, di bawah MRC.
Menurutnya, kanak-kanak istimewa wajar diberi peluang sama rata untuk berkembang dan mencapai potensi mereka, bukan dipinggirkan daripada masyarakat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.