Meksipun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka lewat petang semalam, usahawan Asyraf Khalid masih dihentam dan dikecam sestengah pihak.
Menerusi ruangan komen hantaran kenyataan maaf itu di Instagram, ramai yang lantang mengkritik dan mempersoal mesej Asyraf Khalid kepada Caprice sebelum ini yang mengatakan individu berkenaan tidak ganas seperti didakwa.
Hal itu membuatkan netizen mengungkit ayat Asyraf dan berkata walaupun individu tersebut pergi solat bersama dan berkawan rapat tidak semestinya lelaki itu tidak baik dengan semua orang.
Nak beri inspirasi tapi …
Ada juga yang mempersoal kenyataan ditulis di hantaran tersebut di mana mereka menyebut tentang matlamat Apa Cerita? Podcast adalah untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai.
Tapi kau invite orang yang sepak terajang orang. Apa yang dia boleh inspire orang?
Dalam pada itu, seorang individu turut meluahkan rasa kecewa dengan pendirian Asyraf dan tindakannya menjemput individu berkenaan.
Katanya, sebelum ini Apa Cerita? Podcast merupakan antara yang disukai namun kecewa kerana Asyraf membuat keputusan sedemikian.