Beberapa hari yang lalu, sedia maklum telah berlangsungnya minggu Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) dan ia merupakan acara yang dinanti-nantikan banyak pihak.
Dalam acara terbabit, kita boleh lihat ramai barisan selebriti serta ‘influencer’ yang hadir dengan memakai pakaian yang menakjubkan serta menarik perhatian orang ramai.
Tidak terkecuali, penyanyi Aina Abdul turut hadir di majlis peragaan fesyen terbabit dengan memakai pakaian yang sangat luar biasa serta menjadi bualan orang ramai kerana keunikannya.
View this post on Instagram
Melalui hantaran video di Instagram, Aina memaparkan videonya memakai pakaian serba hitam ‘berkepuk-kepuk’ sepanjang berada di KLFW2022.
Biarpun ia kelihatan unik, di mata warganet mereka merasakan pakaian Aina seolah-olah berlebihan serta ada yang mendakwa seperti plastik hitam yang dihimpun dalam satu tempat.
Bukan itu saja, netizen juga turut mempertikaikan pereka fesyen busana terbabit dan merasakan pereka fesyen itu sudah kehabisan idea untuk mereka hasilkan satu pakaian yang ‘senonoh’ untuk penyanyi berkenaan.
Sedia maklum, pakaian Aina sebelum ini juga sering menjadi topik bualan warganet kerana keunikan yang diserlahkan. Malah ada juga berkata selepas pelakon Didie Alias, Aina Abdul merupakan selebriti yang berani untuk memakai pakaian lain dari yang lain.