Zaman sekarang ini, kebanyakkan pengguna media sosial bukan saja menggunakan platform-platform yang ada untuk berkongsi foto momen bahagia, malah turut menggunakan ia sebagai tempat meluah perasaan.
Tidak terkecuali, penyanyi Shila Amzah juga baru-baru ini ada meluahkan perasaan di Instagram serta mendedahkan bahawa dirinya serta kekasih, Ubai telah pun berpisah selepas 5 bulan menjalinkan hubungan cinta.
Susulan itu, netizen kebanyakkannya menganggap Shila tidak matang kerana sering memuat naik status kehidupan peribadi dalam media sosial.
Bagaimanapun, influencer Ubai memohon orang ramai untuk mendoakan baik-baik berkenaan hubungannya bersama penyanyi tersebut dan percaya setiap hubungan mempunyai pasang dan surut.
Mungkin sekarang masanya adalah surut.. Lepas tu nanti mana tahu dah kembali okay?
Dalam pada masa yang sama, Ubai menyangkal dakwaan netizen bahawa segala yang berlaku ini sekadar gimik untuk mengeluarkan lagu baru.
View this post on Instagram
Sebelum ini, melalui Instagram, Shila ada memuat naik foto bersama Ubai dan mengucap terima kasih kepada Ubai atas segalanya selama lima bulan bersama serta tidak lupa mendoakan agar kehidupan influencer tersebut sentiasa dilimpah ruahkan rezeki.