Pelakon Dayana Roza dilaporkan telah mengalami sedikit kecederaan apabila kaki kirinya telah tersangkut pada kaki kirinya. Dia yang pada ketika itu sedang memancing bersama tunang, A’dale Adham ayahudin dan rakan-rakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada Khamis lalu.
Menurut Dayana, pada mulanya dia berusaha untuk mengeluarkan mata kail itu sendiri namun gagal dan akhirnya terpaksa dibawa ke klinik berhampiran.
Ketika ditemubual, Dayana berkata kecederaan yang dialami tidaklah parah dan mata kail tersebut telah berjaya dikeluarkan daripada kakinya.
“Kemalangan kecil saha, dan saya sendiri pun tak perasan bila masa ianya tersangkut di kaki. Masa tu saya sedang memancing dengan tunang dan beberapa rakan di PD. Kalau paksa juga cabut sendiri boleh terkoyak kulit dan tisu kaki saya, jadi tunang bawa saya ke klinik berdekatan dan Alhamdullilah, doktor berjaya keluarkan mata kail itu,”
Dia yang menyangka mendapat hasil laut setelah menarik joran ke darat namun terkejut apabila salah satu mata kail dilihat sudah hilang dari joran. Dalam pada itu, Dayana turut memuat naik peristiwa tersebut menerusi ruangan Instagram Story miliknya buat tatapan peminat.
Sering mengikuti jejak langkah bapanya yang gemar memancing sejak dari kecil, Dayana Roza memberitahu media yang dia turut mempunyai beberapa koleksi rod pancing di rumah.
Tambah Dayana, baginya insiden itu hanyalah kecil jika dibandingkan dengan apa yang pernah terjadi pada tunangnya, suatu ketika dahulu.
“Lagipun tunang saya sendiri pernah mengalami kemalangan yang sama tapi lagi ngeri sampai kena lakukan pembedahan sebab ada tiga mata kail yang besar tersangkut pada kakinya. kiranya kecederaan ni biasa saja dan ketika kena saya tak panik sebab saya sejenis tak takut darah dan jarum. Minggu depan saya akan pergi ke PD lagi untuk memancing,” – Dayana Roza
Sumber : mStar Online