Asyik Pertikai Solat Artis & ‘Influencer’ Sebab Pakai ‘Makeup’ 24 Jam, Zulin Azin ‘Sekolahkan’ Netizen – “Husnuzon La, Simple Kan?”

Hiburan

Asyik Pertikai Solat Artis & ‘Influencer’ Sebab Pakai ‘Makeup’ 24 Jam, Zulin Azin ‘Sekolahkan’ Netizen – “Husnuzon La, Simple Kan?”

Pelakon dan pengacara Zulin Aziz menegur segelintir netizen yang sering mempersoalkan adakah artis atau pempengaruh gemar bersolek menunaikan solat atau tidak.

Tulis Zulin, soal ibadah seseorang itu tidak seharusnya dipersoalkan dan itu adalah urusan peribadi di antara individu terbabit dengan Tuhan.

Advertisement

Zulin Aziz

Zulin juga berkata seseorang individu itu tidak sepatutnya dinilai hanya semata-mata berdasarkan penampilan mereka daripada segi luaran.

Sebelum make up kami berwuduk dulu. Kalau wuduk terbatal, kita make up semula. Macam itulah situasi dekat set.

Ujar Zulin lagi, ketika waktu berehat atau makan, artis atau pempengaruh akan bersolek semula dan turut menasihati netizen untuk bersangka baik terhadap orang lain.

Kalau nampak dia make up 24 jam tu husnuzon lah. Dia tengah cuti tu, simple kan?

 

View on Threads

 

Perkongsian Zulin di platform Threads mendapat perhatian dan ramai netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan pelakon berusia 35 tahun berkenaan.

Ada yang turut berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan orang awam yang lantang mempersoalkan atau menyindir tentang bab solat.

komen netizen komen netizen  komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Netizen Anggap Talita Kurang Sopan Dengan Ibu Tiri, Watie Tampil Bersuara - "Anak Saya Semua Jenis Beradab & Menghormati"
2025-07-15 14:16:00

Netizen Anggap Talita Kurang Sopan Dengan Ibu Tiri, Watie Tampil Bersuara - "Anak Saya Semua Jenis Beradab & Menghormati"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...