“Asyik Perli Bantuan Kerajaan”- Mungkin Nilai Sikit Pada Mata Kita, Tapi Besar Pada Yang Memerlukan

Trending

“Asyik Perli Bantuan Kerajaan”- Mungkin Nilai Sikit Pada Mata Kita, Tapi Besar Pada Yang Memerlukan

Setiap tahun, menjelang Oktober, suatu tarikh  yang pasti ditunggu-tunggu oleh ramai rakyat  Malaysia ialah hari pembentangan bajet.

Tahun ini, Bajet 2023 dijadual untuk  dibentangkan pada 7 Oktober bermula jam 4 petang di Dewan Rakyat. Untuk pengetahuan anda, bajet tahun lalu merupakan yang tertinggi dalam sejarah dengan kerajaan memperuntukkan RM332.1 bilion. 

Advertisement

Ini sejajar dengan keprihatinan dan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat dan semua sektor yang terkesan pasca pandemik.

Bantuan bersasar bantu  golongan terkesan 

Melihat peruntukan yang diberikan kerajaan, ia  berbentuk bantuan bersasar, di mana golongan B40 dan mereka yang terjejas akibat pandemik menjadi keutamaan kerajaan.

Sebagai contoh, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah salah satu usaha kerajaan untuk memberikan ‘kuasa berbelanja’ buat golongan B40 melalui pemberian tunai secara berkala serta perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan menerusi Skim MySalam.

Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, inisiatif JaminKerja dan Subsidi Upah telah memberi situasi menang-menang kepada mereka yang kehilangan/mencari pekerjaan dan juga majikan.

Dalam pada itu, kerajaan tidak melupakan usahawan mikro yang terjejas akibat pandemik dengan menawarkan pelbagai program dan kemudahan pembiayaan di bawah inisiatif SemarakNiaga.

Golongan pelajar IPT dan belia juga tidak disisihkan apabila mereka turut mendapat bantuan ePemula bernilai RM150 sebagai galakan menggunakan transaksi tanpa tunai.

Usaha kerajaan ini seharusnya mendapat pujian kerana bantuan yang dihulur, merentasi semua lapisan masyarakat sebagai satu keluarga.

Fokus Utama Bajet 2023

Ekonomi negara jelas menunjukkan pemulihan yang kukuh pasca COVID-19 melalui tindakan responsif kerajaan. 

Bagaimanapun unjuran 2023 menunjukkan trend ketidaktentuan ekonomi berikutan konflik di Ukraine yang tidak berkesudahan dan kenaikan harga komoditi di peringkat global.

Dalam Bajet 2023, kerajaan dijangka memberi fokus kepada 3 agenda utama iaitu:

-Memperkukuh momentum pemulihan ekonomi

-Memperkukuh daya tahan ekonomi

-Melaksanakan pembaharuan menyeluruh

Bajet 2023 bakal menjadi kesinambungan usaha kerajaan memulih dan memantapkan ekonomi melalui pendekatan Responsif, Bertanggungjawab dan Reformis dalam membentuk belanjawan menyeluruh #BajetKeluargaMalaysia.

Menuju ke arah pemulihan yang dirangka sejak 2021, kerajaan komited berada di landasan yang tepat dalam mengukuhkan daya tahan ekonomi dan fiskal Malaysia pada tahun 2023 dan seterusnya.

Bajet kali ini  pastinya mengutamakan usaha berterusan kerajaan untuk memastikan semua lapisan Keluarga Malaysia menerima manfaat seperti yang telah terbukti dengan kejayaan Bajet 2022. 

Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai bantuan dan inisiatif yang diberikan dalam Bajet 2022 layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...