Sejak mereka mendirikan rumah tangga, pelakon Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang atau lebih dikenali dengan nama Opai sering menjadi perhatian netizen di media sosial.
Opai yang bekerja sebagai trader sering mengeluarkan kenyataan yang ‘mengundang’ dan membuatkan netizen meluat.
Sebelum ini juga dia menerima kecaman ramai warganet yang melabelnya riak selepas Opai show off pendapatan bulannya RM76,000 seminggu.
Beberapa netizen di Twitter malah turut membahaskan tentang tingkah laku Opai yang dikatakan ‘red flag’ kerana sering mengeluarkan kenyataan yang merendahkan wanita atau dalam erti kata lain, isterinya.
Bukan itu sahaja, ada yang turut berpendapat Opai mempunyai sikap narsistik kerana terlalu mahu menunjukkan bahawa dia seorang ‘alpha male’.
Suami Fatin Afeefa ni betul betul red flag, vibe narsistik. Saya takkan bersama dengan lelaki yang merendahkan wanita terutamanya isterinya sendiri.
Apa yang dikatakan netizen itu adalah kerana sebelum ini Aliff sendiri pernah membuat live di TikTok dan mengaku bahawa dia tidak perlu memberikan effort yang berlebihan untuk mengorat Fatin.
Segelintir netizen berkata tentang video di mana Opai mengkritik masakan pertama dimasak oleh Fatin Afeefa selepas bergelar isterinya.
Nah pertontonkan si jijik ini pic.twitter.com/cLeNmM4y4R
— A 100 (@nanoyobiznes) January 19, 2023
Beberapa individu dilihat menyindirnya kerana sebelum berkahwin dengan Fatin, Opai sering membuat video merendahkan kaum Hawa.