Viral di media sosial TikTok dan Twitter baru-baru ini mengenai satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ariff Peter yang tekad berusaha mencari calon isteri.
Menerusi video tersebut, Ariff dilihat menggantungkan banner mencari jodoh di tepi jalan dan mengedarkan flyers mengenai dirinya dan ciri-ciri bakal isteri yang diingini.
Malah, dia juga menawarkan RM10,000 kepada sesiapa yang membantu dan berjaya mendapatkan teman hidup untuknya.
Kita yang tak hensem ni kenalah cari bakal isteri bersungguh-sungguh.
Berkat hasil usaha dan kesabaran, Ariff tidak menyangka dia telah menerima lebih 10,000 permohonan untuk menjadi calon isterinya dalam masa tiga hari.
Insyallah, akan berjumpa jodohnya suatu hari nanti ?? @TwtJodohMY pic.twitter.com/7cNmPVBFFb
— Ariff Peter (@ariffpeter_) July 12, 2022
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum melihat usaha yang dilakukan lelaki itu dan mendoakan agar dia segera berjumpa calon isteri yang terbaik.
Wehh sampai macam ni sekali, apapun semoga dipermudah urusan mencari jodoh, – netizen.
“Terbaik bro effort tu… Moga dipermudahkan semuanya.. InsyaAllah,” tulis seorang pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.