Hantaran Fatiya Latiff di laman sosial Threads meraih perhatian selepas aktres itu meluahkan perasaannya sentang komen sesetengah pihak tentang perubahan penampilannya.
Aktres itu sering menerima komen daripada warganet yang membandingkan penampilan dan kecantikannya dahulu dengan sekarang.
Saya sedar penampilan saya sudah berubah. Penampilan saya tidak sama seperti dahulu. Saya baca banyak komen dan penilaian dari orang-orang yang tidak tahu apa yang saya lalui.
Fatiya berkata dia sedar penampilannya kini sudah tidak sama seperti dahulu namun itu adalah lumrah kerana setiap orang berubah dan dia juga tidak terkecuali.
Aktres itu turut menambah bahawa nilai kecantikan bukanlah terletak pada paras rupa semata-mata tetapi kekuatan dalaman dan keupayaan seseorang itu untuk bertahan dalam ujian hidupnya.
Kecantikan bukan terletak pada wajah yang pernah saya miliki tetapi pada kekuatan dalam diri saya, cara saya bertahan dan bangkit walaupun dunia cuba menghancurkan saya.
Walaupun saya tidak lagi cantik di mata mereka, tapi saya tetap diri saya dan itu sudah cukup.
Hantaran itu meraih perhatian dan Fatiya menerima pelbagai kata-kata semangat dan komen positif yang berpendapat aktres itu seorang yang kuat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.