Asyik Dengan Aplikasi Gambar ‘Pitu’, Wanita Ini Dedah Sisi Pandangan Dari Mata Lelaki

Trending

Asyik Dengan Aplikasi Gambar ‘Pitu’, Wanita Ini Dedah Sisi Pandangan Dari Mata Lelaki

Kerancakan teknologi sekarang memudahkan perjalanan kerja seharian kita. Malah dengan wujudnya pelbagai aplikasi yang ada pada peranti pada hari ini juga sedikit sebanyak boleh menambah nilai dalam hasil kerja kita.

Advertisement

Namun begitu, lambakan aplikasi yang tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan menyebabkan masyarakat pada hari ini ‘tergila-gilakan’ up-to-date berikut.

Terkini, viral lagi satu aplikasi iaitu PITU menjadi kegilaan wanita pada hari ini yang boleh mengubah gambar muka kita yang pada realitinya sangat polos.

Tetapi boleh ditukar menjadi sangat cantik umpama ‘bidadari’ astana kayangan manusia lengkap dengan pelbagai jenis pakaian yang boleh dipilih. Malah siap ada pakaian yang terlalu seksi sehingga mampu membuatkan kaum adam di luar ‘berimaginasi’ dengan gambar ini.

Seorang wanita tampil memberi ulasan beliau mengenai aplikasi ini setelah melihat kegalakan wanita pada hari ini terutamanya mereka yang telah bersuami asyik dengan permainan aplikasi ini tanpa sedar sebenarnya hasil gambar yang mereka upload ini menjadi ‘modal’ khayalan lelaki untuk memuaskan nafsu.

Ikuti perkongsian beliau..

Pitu app.

Ramai yang tengah try app ni sekarang.Meh sini akak nak tunjuk keburukan pitu app ni.

Sebelom akak post tentang ni,terlebih dulu akak da mintak izin kepada empunya fb dan beliau da izinkan.

Meh nak cete..

Empynye fb ni seorang lelaki. ape yang beliau buat adalah untuk memberi kesedaran pada orang perempuan kat lua sana pasal app ni.

Lelaki ni imaginasi mereka memang tinggi. Ko tutup litup pon dieorang boleh berimaginasi macam pasal tubuh badan korang.

Tak mustahil orang lelaki tengok gambar korang buat macam ni sambil beronani. Korang boleh bace antara komen yang akak amek ni. Simpan sikit malu tu.

Sebenarnya tidak salah untuk up-to-date dengan aplikasi semasa.

Tetapi pandanglah dari sisi kebaikan dan keburukan sesuatu benda itu. Jika ianya memberi manfaat kepada kita,gunakanlah dengan sebaiknya.

Sekiranya ia banyak memberi keburukan, tinggalkan sebelum terlambat. Banyak lagi perkara yang bermanfaat boleh kita lakukan pada masa lapang yang “berharga” ini.

Renung-renungkan dan sebarkan kepada orang ramai!

Sumber: Nadrah Nordin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...