Kesian la pulak Abang Nara dengan Sofi Jikan ini. Betul jugak katanya. Asyik-asyik dapat watak gangster je. Asyik-asyik kerja pukul orang, gaduh sana-sini dan buat muka jahat. Bosan jugak kalau setiap kali berlakon dapat watak yang sama. Mungkin wajah Sofi Jikan memang sesuai untuk watak sebegitu sehingga hanya tawaran itu diperolehi olehnya.
Kerana kekecewaan ini, Sofi Jikan nekad untuk berhenti berlakon. Bukan hanya kerana watak stereotaip, namun bayaran yang ciput dan tidak setimpal juga menjadi punca utama keputusan ini. Kata Sofi Jikan kepada Mstar Online:-
Saya sudah terlibat dalam bidang seni sejak tahun 1995 dan pernah melakukan pelbagai kerja belakang tadbir sebelum bergelar pelakon tetapi keadaan masih tidak pernah berubah.
Jujurnya memang saya patah hati dengan keadaan industri perfileman hari ini dan saya nekad untuk meninggalkan dunia lakonan. Sampai bila saya hendak berlakon sebagai gengster? Adakah setakat itu sahaja bakat lakonan saya?
Walaupun berhenti berlakon, Sofi Jikan tetap akan terlibat dalam industri hiburan menerusi syarikat penerbitannya. Mungkin Sofi Jikan ingin jadi beralih angin dan menjadi pengarah pulak. Harapan Abang Nara, jangan la Sofi Jikan terbitkan filem atau drama gangster pulak. Cuba buat sesuatu yang unik dan tidak pernah ada di Malaysia. Tak gitu?