Asyik Baca Kisah Buruk Rumah Tangga Orang Lain, Diri Sendiri Terpengaruh Tanpa Sedar.

Trending

Asyik Baca Kisah Buruk Rumah Tangga Orang Lain, Diri Sendiri Terpengaruh Tanpa Sedar.

Last year, saya pernah jadi follower tegar sebuah page di laman Facebook. Sampai satu masa saya jadi terlebih emo sebab terlalu beria membaca masalah-masalah rumahtangga orang lain.

Advertisement

Jenis saya, saya suka bercerita balik apa yang saya baca itu dengan suami. & ternyata suami saya tidak sukakan hal itu (sebab bila bercerita tentang kes suami bermasalah, hujung ayat saya akan warning dia jangan buat sebegitu).

Sehinggalah senyap-senyap rupanya suami saya unlike page itu & unfollow friends yang aktif di page itu kerana dia tidak sukakan pengaruh yang membaja dalam diri saya.

Dia juga pernah memberi teguran, yang saya masih terkesan.

Jangan terlalu ghairah memberi komen rumahtangga orang lain; seolah kita takkan diuji, sedangkan mungkin sahaja kita belum diuji. Tahajjud kita sahaja belum sempurna setiap malam, petanda begitulah kerdilnya kita ini.

Siapa kita mahu memberi komen rumahtangga orang lain sedang kita pun tidak pasti samada Allah sedang meredhai rumahtangga kita ataupun tidak.

Allahuakbar.

Tak tahulah orang lain, tetapi saya rasa hidup lebih okay tanpa membaca terlalu banyak masalah (read: negatif) & jujurnya pernah sampai jadi meragui suami. Astaghfirullah.

Seseorang yang dekat di hati saya selalu berpesan; jaga apa yang kita baca, sebab itulah yang akan membentuk pemikiran kita. Sekiranya seorang isteri tidak mahu suaminya berlaku curang, main perempuan, menipunya. Jangan pernah sekalipun membayangkannya. Bila asyik imagine yang buruk, sangka yang buruk, seolah kita meminta keburukan datang kepada kita.

Begitu jugalah dengan para ibu. Walau senakal mana anak, tak mahu study & sebagainya, jangan pernah imagine anak membesar jadi orang yang tidak baik. Sentiasa ucap, sangka & fikir yang baik untuk anak.

Ingat kan.. Allah itu menurut sangkaan para hambaNya.

Saya ingat seseorang yang saya kenal, semasa anaknya masih bersekolah memang sangat nakal, ponteng, tidak perform dalam bidang akademik mahupun sukan.

Tetapi baru-baru ini jumpa semula masyaAllah dia menjadi insan yang baik akhlak & maju dalam bisnes. Bila ditanya, dia akan menjawab; “ini semua doa ibu saya yang tak pernah putus asa kepada Allah & kepada anaknya ini.”

MasyaAllah.

Ibaratkanlah kita ini nukleus atau magnet. Bila yang dibaca, disangka, difikir, ditulis & diucap semuanya baik-baik, ia akan menarik kebaikan juga. InsyaAllah.

Tak percaya, kalau kita tengah emosi & asyik nak marah, waktu itu jugalah kita lihat anak-anak paling banyak ragamnya kan?

Saya menulis ini; pesan untuk diri sendiri juga.

Yang selalu khilaf & emo;
Intan Dzulkefli.

Sumber : Pn Intan Dzulkefli 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...