“Asyik-Asyik Tumpang Negara Orang, Buat Hal..” – Individu Dedah Asal Usul Sebenar Makcik Kemboja, Bukan Orang Sana Rupanya

Hiburan

“Asyik-Asyik Tumpang Negara Orang, Buat Hal..” – Individu Dedah Asal Usul Sebenar Makcik Kemboja, Bukan Orang Sana Rupanya

Baru-baru ini seorang usahawan sensasi, Madame Mariyah atau kini digelar sebagai Makcik Kemboja ini tular di laman sosial disebabkan kenyataan yang pernah diungkapkan di videonya yang mengatakan orang berbangsa Melayu ini pemalas berbandingnya, orang berasal dari Kemboja.

Namun, baru ini ada pula seorang individu yang tampil menafikan asal usul Makcik Kemboja itu. Dia mendakwa usahawan itu bukanlah berasal dari negara tersebut seperti yang disangka netizen. Katanya, Mariyah dan keluargnya itu sebenarnya berasal dari Vietnam.

Advertisement

Saya tak nak cakap banyak saya cuma nak dedahkan mengenai kak Mariyah tu. Dia bukanlah berketurunan Kemboja tetapi dia berketurunan Cham Hanoi, Vietnam.

Memang keturunan dia tak ada tanah nak duduk dan memang tak ada negara. Asyik-asyik tumpang negara orang, buat hal. Sekarang rosak nama negara saya.

@ma_960430♬ original sound – Secret privacy

Kenyataan tersebut rupanya dari seorang wanita yang berasal dari Kemboja. Dia membuat video tersebut dan dimuat naik di laman TikTok oleh kerana merasakan dirinya dan segelintir keturunan asal Kemboja yang menetap di Malaysia terkena tempias dek kerana isu Mariyah tempoh hari.

Dalam video itu juga, dia menegaskan beberapa kali bahawa Makcik Kemboja itu bukanlah berasal dari negaranya. Wanita tersebut terlihat kecewa kerana orang ramai mula memandang serong terhadap dirinya kebelakangan ini hingga susah mencari rezeki.

Bukan itu sahaja, dia juga tidak mahu orang-orang Kemboja yang lain sepertinya ditindas begitu walaupun mereka tidak pernah melakukan kesalahan apa-apa. Disebabkan itu, dia sebagai wakil kepada rakyat Kemboja meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas apa yang terjadi dan berharap hal tersebut dapat diselesaikan.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mak cik kemboja
1 year ago

(VIDEO) "Liat Sungguh Nak Bayar" - Rakan Niaga Dedah Mak Cik Kemboja Berhutang, Cabar Bersemuka Jelaskan Semua

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...