Asyallie Didakwa Ciplak Rekaan Lagi, Kali Ini Leeyana Rahman

Trending

Asyallie Didakwa Ciplak Rekaan Lagi, Kali Ini Leeyana Rahman

Sudah beberapa kali kita mendengar mengenai Instafamous Asyallie mengeluarkan produk tudung dengan menciplak rekaan orang lain. Sebelum ini Asyallie pernah didakwa menciplak rekaan tudung peta dunia Fatheena.ayallieciplakBaru-baru ini dia dikatakan mengeluarkan produk yang menciplak rekaan Duckscarves, Minaz dan Shawlpublika. 


Terbaru, viral di Instagram dan Twitter mengenai dakwaaan bahawa Asyallie telah mengeluarkan produk busana dengan menciplak rekaan pereka yang pernah mempopularkannya sebagai model, Leeyana Rahman.

Diyanah Rodzi di Twitter menggunakan handle@DyanaR mendedahkan Leeyana Rahman telah menulis di Instagramnya melalui fungsi Story, mengkritik Asyallie secara terus berkenan meniru rekaannya.
Image01
Image02
Image03
Image04

Advertisement

Leeyana turut mempersoalkan satu produk yang dijual di Primavalet merupakan rekaan asalnya.

Image15
Image14
Image16

Jika anda masih ingat beberapa tahun lepas, Asyallie pernah meperagakan busana perkahwinan Leeyana Rahman yang menyebabkan dia menjadi popular di media sosial.

Beberapa orang Netizen membangkitkan bahawa Asyallie bukan saya mengeluarkan produk meniru rekaan Leeyana, malah Jovian Mandagie.


Ada yang membangkitkan rekaan produk Asyallie juga mempunyai persamaan dengan keluaran Arared.


Salah satu produknya juga didapati mempunyai persamaan dengan rekaan Minaz.


Ramai menganggap perbuatan Asyallie seperti seorang individu yang ‘tikam belakang’ kerana Asyallie pernah memperagakan busana Leeyana Rahman.


Asyallie yang baru berkahwin beberapa bulan lepas dan kini berbadan dua terus dikritik Netizen kerana dianggap ‘menganjing’ Leeyana Rahman di Story akaun Instagramnya.
Image09

Image10

Image11

Leeyana bagaimanapun mendakwa Asyallie telah menelefon suaminya.

Image12

Malah Pija dari Minaz yang rekannya pernah dikatakan diciplak Asyallie sebelum ini juga mengkritik Asyallie dengan lantang di akaun Instagramnya.

Image17

Seperti tudung Fatheena sebelum ini, Asyallie telah memuat naik semula status Instagram dari pemilik @SyasyaHabib selaku pihak yang berkolaborasi dengan Asyallie bahawa persamaan rekaan dengan jenama lain ialah kebetulan dan ‘suratan takdir’

Image18

Image20

Image19
Walaupun mempunyai kelulusan perniagaan dari London, netizen mempersoalkan mengenai etika perniagaan pemilik @SyasyaHabib.


Justeru Netizen berharap Leeyana Rahman akan memfailkan saman terhadap Asyallie.


Bagi pendapat penulis, jika persamaan dalam rekaan ini berlaku sekali, mungkin ia boleh dianggap kebetulan. Tetapi dua, tiga, empat atau lima kali membabitkan pereka berbeza?

Seperti ada ‘bau ikan’ di situ kerana kebetulan yang berkali-kali boleh jadi juga dirancang.

Bagaimana pula pendapat anda?-amazingnara.com
Sumber: Diyanah Rodzi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...