December 2nd, 2014

Ketibaan tarikh 16 November 2014 sangatlah dinanti-nantikan oleh Abang Nara. Ia adalah satu tarikh yang amat istimewa. Ia bukanlah tarikh ulangtahun perkahwinan Abang Nara dan isteri. Bukan juga tarikh kami berdua berkenalan. Namun ia adalah tarikh bermulanya 10 Saluran baharu dari Astro iaitu 8 saluran High Definition (HD) dan 2 saluran Standard Definition (SD).

astrohduniverse

Abang Nara sudah mengetahui mengenai pelancaran 10 saluran baru ini ketika menghadiri majlis “Your New HD Universe” oleh Astro pada 11 November lalu. Memang excited sangat-sangat. Mana tidaknya, pada tahun 2009, Astro hanya ada 4 saluran HD. Kemudian angka tersebut bertambah menjadi 40 pada tahun 2012. Dengan pelancaran 8 lagi saluran HD terbaru, Astro memberikan pelanggannya untuk menikmati 48 saluran HD pada kualiti terbaik.

astrohduniverse

Bak kata Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan ketika majlis perasmian 10 saluran ini “Sekali you dah tengok saluran HD, memang tak akan rasa nak tengok saluran SD dah”. Abang Nara bersetuju dengan kata-kata tersebut. Abang Nara kalau tengok movie, bola, Akademi Fantasia serta Maharaja Lawak Mega mesti nak kena tengok dalam HD. Berbeza sangat kualiti gambar berbanding SD. Hehehe.

astrohduniverse

Cerita banyak tak guna. Meh sini Abang Nara senaraikan kesemua saluran-saluran baru ini untuk anda. Balik rumah terus tekan nombor saluran di bawah (lebih-lebih lagi yang HD) untuk merasai keseronokannya. Untuk makluman, ‘preview’ untuk saluran-saluran ini akan bermula daripada 16 November yang lepas sehingga 28 Februari 2015. Ada 3 bulan untuk kita tengok secara PERCUMA. Hanya saluran Zoo Moo (619) yang hanya boleh ditonton sekiranya anda melanggan pek kanak-kanak. Yang lagi 9 dapat tengok free kalau anda melanggan perkhidmatan HD.

Nama Saluran Nombor Saluran
  1. Hits HD
720
  1. FOX HD
724
  1. DIVA HD
723
  1. Astro AEC HD
306
  1. Astro Shuang Xing HD
307
  1. Fox Family Movies HD
430
  1. Fox Action Movies HD
434
  1. FYI HD
736
  1. Zoo Moo
619
  1. Celestial Classic Movies
321

 

Sejak 16 November yang lalu, Abang Nara dan wife memang asyik berebut remote control Astro je. Wife suka sangat tengok saluran DIVA HD (723). Abang Nara pula macam biasa layan semua saluran movie HD. Paling best Fox Action Movies HD, rancangan-rancangan aksi yang disiarkan pun semuanya menarik.

Dengan pelbagai pilihan yang diberikan oleh ASTRO melalui FOX Action Movies HD, memang melekatlah Abang Nara depan tv. Kadang-kadang anak sulung Abang Nara si Aariz tue suruh pasang saluran Zoo Moo (619). Macam perang pun ada jugak. Semua nak tengok saluran kegemaran masing-masing. Namun selaku ketua keluarga, Abang Nara mempunyai kuasa veto (walaupun bila anak nangis terus mengalah). Hehehe.

astrohduniverse

Kalau anda masih tidak melanggan perkhidmatan HD Astro, sesungguhnya anda ketinggalan banyak sangat saluran-saluran yang menarik. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk turut serta dalam Astro HDUniverse ini. Maklumat lanjut layari www.astro.com.my.


Comments are closed.

Loading...