June 4th, 2015

Tahun ini Zizan Razak tidak henti-henti dilanda kontroversi. Putus cinta dengan Emma Maembong, beli kereta Ferrari, didakwa menghantar mesej lucah dan macam-macam lagi. Memang kesian juga bila mengenangkan apa yang terjadi kepada Zizan. Namun itu semua lumrah kehidupan. Hidup ini umpama roda. Kadangkala kita di atas, dan kadangkala kita di bawah. Biasalah naik turun lebih-lebih apabila bergelar seorang selebriti.
zizan razakKetika kesemua kontroversi ini kuat melanda Zizan, ada desas-desus mendakwa yang Astro sebagai pemilik hak ekslusif pelawak ini telah menghalang Zizan muncul dalam program terbitan mereka. Dalam erti kata lain, Zizan digam oleh Astro.  Muncul untuk menjelaskan keadaan, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh memaklumkan yang perkara tersebut tidak pernah berlaku.

Zizan masih lagi artis Astro dan pihak kami tidak pernah merehatkannya mahupun menghentikan kontrak seperti yang diperkatakan. Walaupun dia tidak terlibat dengan program-program khas Ramadan, tetapi dia lebih ditumpukan ke arah projek-projek untuk Hari Raya

zizan

Khairul Anwar juga memaklumkan yang jadual Zizan yang padat menyebabkan pelawak itu tidak muncul di dalam program Ramadhan Astro. Namun kelibat Zizan akan banyak kelihatan untuk program Hari Raya kelak. Sesungguhnya Zizan memang berbakat besar dan pastinya satu kehilangan besar jika bakat tersebut disekat kerana kontroversi-kontroversi. Semoga kerjaya Zizan terus maju. Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...