Astro Tegur Lisa Surihani Kerana ‘Gila Babi’ Semasa Mari Menari

Hiburan

Astro Tegur Lisa Surihani Kerana ‘Gila Babi’ Semasa Mari Menari

lisa surihani

Kesian pulak kami kat Lisa Surihani yang terlepas cakap perkataan “gila babi” semasa mengacara program Mari Menari baru-baru ini. Biasalah tue. Over excited sangat. Tak apa. Belajarlah dari kesilapan. Kalau tak buat silap macam mana nak baiki diri kan? Apa pun sebenarnya Lisa Surihani cakap “gila babi” sebab nak bagi semangat kepada salah seorang peserta Mari Menari.

Advertisement

[note]Situasi itu berlaku ketika pasangan MM Nita memberi persembahan terbaik, jadi niat saya adalah untuk memberi sokongan kepada mereka dengan berkata “persembahan mereka hebat gila babi”. Saya rasa itu adalah perkataan harian dan tidak salah sebab saya bukan melebelkan seseorang dengan perkataan yang tidak senonoh.[/note]

Buat Lisa, perkataan tersebutlah memanglah perkataan harian tapi bila dikeluarkan di depan kaca TV, agak tidak sesuai untuk didengar. Mak kami pun marah kalau kami sebut perkataan babi. Katanya mencarut. Tak eloklah sebut perkataan tersebut apatah lagi di depan jutaan orang yang menonton. Tak gitu?

Tapi tak apa, kami peminat-peminat tegar Lisa Surihani tetap sahaja sayang kepada Lisa. Yang penting lepas ini jangan buat lagi ye. Kalau buat lagi kami akan cubit pipi Lisa yang comel itu. Lagipun pihak Astro dah pun tegur so maknanya kenalah lebih berhati-hati selepas ini.

[note]Selepas selesai program tersebut saya ada ditegur oleh pihak produksi Astro agar lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih perkataan. Saya juga menganggap ia sebagai satu pengajaran kepada saya. Namun Alhamdulilah ramai peminat dan penonton Mari Menari memahami apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya.[/note]

All the best and good luck to Lisa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...