Adakah korang seorang melodramatik? Seorang yang penuh dengan fantasi atau seorang yang realist? Sudah semestinya, cita rasa kita berbeza namun drama tetap menjadi sumber hiburan semua.
Tak kisahlah kalau korang boleh melayan drama sampai meleleh air mata atau gemar drama yang diinspirasikan oleh kehidupan yang nyata. Drama Berganda-Ganda di Astro menyajikan kesemua genre ini untuk semua peminat drama.
‘Love Elsa’ Ucapkan Selamat Tinggal
Paling rancak bersiaran sekarang ialah drama bergenre fantasi ‘LOVE ELSA’, drama lakonan Uyaina Arshad bersama jejaka idaman Malaya, Zul Ariffin ni ternyata menarik minat penonton melalui chemistry yang ditonjolkan.
Ammara yang mempunyai kelebihan melihat masa lalu seseorang apabila bersentuhan menyebabkan dia merasakan ini musibah dalam hidupnya. Dia membesar sebagai gadis yang introvert sehinggalah kemunculan Ridza yang mula membawa sinar dalam hidupnya.
Namun kebahagiaan berpanjangan yang diimpikan Ammara selepas berkahwin dengan Ridza hancur berkecai.
Ridza tiba-tiba menghilangkan diri dan Ammara yang yang mengetahui dirinya mengandung membesarkan zuriat mereka, Elsa sendirian.
8 tahun kemudian, Elsa membesar dengan mewarisi ‘kelebihan’ ibunya, yang membuatkan dia mengenal ayahnya walaupun kali pertama berjumpa.
Berbaki satu episod, penonton masih berteka-teki niat sebenar Kamarul dan adakah kebahagiaan yang diimpikan Ammara akan digapai bersama Ridza dan Elsa?
Kalau nak tau apa yang bakal terjadi, jangan lupa tengok episod akhir minggu hadapan. Kalau korang terlepas episod sebelum ni atau baru nak tonton drama ni tak perlu risau, Astro GO kan ada.
- Setiap Isnin-Khamis
- 10PM di Astro Ria (Megadrama Ria) atau strim di Astro GO/Ultra Box
Syafiq Kyle Tampil Menerusi Suara Hati
Suara Hati merupakan sebuah drama adaptasi novel dengan tajuk yang sama hasil tulisan Anis Ayuni. Ia mengisahkan Hani (Hanna Aqeela), pelajar universiti bercinta dengan Harris (Syafiq Kyle) yang juga aktif dalam sukan.
Pada masa yang sama, ibu bapanya ingin menjodohkan Hani bersama Naim (Aidil Aziz), pensyarah sambilan di universitinya. Kebahagian Hani dengan Harris tidak berpanjangan apabila Harris dengan tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Hani yang sedih dan kecewa dengan Harris, kemudian mula membuka pintu hatinya dan berkahwin dengan Naim. Namun beberapa tragedi yang menimpa Hani telah mematahkan semangat Hani untuk terus hidup.
Saat itu, Harris tiba-tiba muncul semula di dalam hidup Hani. Adakah masih ada bahagia buat mereka?
- Setiap Isnin-Jumaat
- 6PM di Astro Prima atau strim saja di Astro Go/Ultra Box
Cik Ayu Mee Sanggul Pinang Duda Tampan
Lain sedikit berbanding kisah kahwin paksa, kali ini dalam drama Cik Ayu Mee Sanggul memaparkan pengorbanan seorang janda muda Ayu (Amelia Henderson) yang mengahwini seorang lelaki bernama Akhtar (Aqasha) tanpa ikatan cinta untuk menjadi ibu kepada Uwais, anak Akhtar yang menghidap Mayor Talasemia.
Setelah kematian suaminya Tuan Baharom, Ayu mewarisi semua harta suaminya. Dia ialah usahawan Mee Sanggul yang berjaya di Kuala Lumpur.
Ayu tidak sengaja terlanggar Uwais ketika memandu dan Akhtar yang baru pulang dari bekerja di pelantar minyak di Sarawak menyangka Ayu ialah seorang pisau cukur tanpa mengetahui bahawa Ayu adalah seorang janda yang mewarisi kekayaan Tuan Baharom.
Ketika mengetahui Uwais inginkan Ayu menjadi ibunya, Ayu mengorbankan dirinya dan memutuskan untuk melamar Akhtar walaupun ditentang oleh Akhtar sendiri.
Demi kesihatan Uwais, Akhtar sanggup berkahwin dan berpura-pura bahagia di hadapan anaknya. Cik Ayu Mee Sanggul akan menggantikan drama ‘LOVE ELSA’ yang bakal tamat minggu hadapan. So, save the date ya guys.
- Cik Ayu Mee Sanggul bermula 27 JULAI 2021
- Setiap Isnin-Khamis
- 10PM di Astro Ria (Megadrama Ria) atau strim di Astro GO/Ultra Box
Lockdown papar realiti rakyat Malaysia
Bukan kisah fiksyen sebaliknya realiti dan kepayahan yang terpaksa dilalui rakyat Malaysia berhadapan dengan pandemik Covid-19. Drama ini menampilkan 23 orang pelakon berbakat besar seperti Jalil Hamid, Amerul Affendi, Sara Ali, Nabila Huda, Hasnul Rahmat, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan ramai lagi.
Cerita asal daripada Eirma Fatimah ini mengisahkan kehidupan masyarakat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan.
Pelbagai kisah menarik dan menyayat hati berlaku di sekeliling kita dan saksikan bagaimana insan-insan ini bangkit mengharungi suka-duka sepanjang PKP dilaksanakan.
Antara kisah yang dipaparkan ialah tentang seorang anak yang terpaksa menjaga ibunya yang mengidap penyakit Alzheimer, pasangan yang berusaha untuk meneruskan perniagaan sepanjang PKP, kisah kelakar pasangan yang baru berkahwin dan terpaksa bekerja dari rumah, dan pasangan yang melalui cabaran hidup terutama sekali apabila suaminya mengalami kemalangan.
- Lockdown bermula 26 JULAI 2021
- Setiap Isnin-Khamis
- 11PM di Astro Ria atau strim di Astro GO/Ultra Box
Layan drama berganda-ganda hanya di Astro
Amacam korang? Ni baru sikit tau, kalau korang tak nak terlepas drama-drama tempatan yang menarik dan tak klise, korang kenalah langgan Astro.
Jangan lupa untuk saksikan Drama Berganda-Ganda “Cik Ayu Mee Sanggul” Isnin -Khamis jam 10 malam mulai 27 Julai, “Lockdown” Isnin – Khamis jam 11 malam di Astro Ria dan juga “Suara Hati” Isnin – Jumaat jam 6 petang di Astro Prima.
Kalau sibuk bekerja atau nak menguruskan rumah sampai tak sempat tengok TV? Tak perlu risau, sebab korang boleh strim je drama favourite korang di Ultra Box atau aplikasi Astro GO.
Untuk mengetahui lebih banyak kandungan menarik yang disiarkan di Astro, korang boleh ikuti Facebook, Instagram dan laman sesawang rasmi Astro.
#SetiapRumahAdaKisah #DramaBergandaGanda