Astro Tambah Channel Sukan Lagi, Seronoknya ~~~

Astro Tambah Channel Sukan Lagi, Seronoknya ~~~

astro supersport 2

Berita gembira buat peminat-peminat sukan dan pelanggan Astro. Astro nak tambah satu lagi channel (816) khas bermula 18 Nov untuk pelanggan pakej sukan Astro. Nie semua free je nie. Takder kena bayar apa-apa charge. Sapa-sapa yang suka badminton ngan tinju memang seronok la sebab channel nie akan tunjukkan semuanya. Cuba baca sikit apa yang ditulis kat bawah nie:-

Advertisement

[note]Astro SuperSport 2 ialah lanjutan kepada Astro SuperSport (saluran 811) yang akan memberikan para pelanggan lebih banyak pilihan untuk mengikuti acara-acara sukan yang menarik seperti BWF Badminton, ATP Tennis, Italian Serie A, French Ligue 1 serta sukan Amerika seperti NFL dan NHL. Tambahan pula, sesetengah acara sukan tinju yang sebelum ini dikenakan bayaran tambahan pada setiap tontonan kini sudah dimuatkan di saluran ini dan menjanjikan pakej sukan yang lebih menarik bagi para pelanggan Astro. [/note]

Ada lagi berita gembira untuk peminat-peminat bola sepak EPL:-

[note]Tambahan pula, peminat suka bola sepak pasti akan teruja apabila mendapat tahu bahawa program-program baru ini merangkumi Chelsea TV, Liverpool TV dan Barcelona TV yang memberikan peluang kepada para peminat untuk menerima berita dari kelab bola sepak kegemaran masing-masing, termasuk berita terkini di dalam liga-liga premier seperti UEFA Champions League, piala FA, ulasan pra and pasca perlawanan serta temubual bersama lagenda bolasepak kini dan lampau, siaran belakang tabir secara eksklusif dan siaran ulang semula perlawanan klasik.[/note]

Tunggu apa lagi ?? Jom layan channel Astro Supersport 2 kat 816 Astro ~~.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...